Jewel Lapangan Terbang Changi
Jewel Lapangan Terbang Changi

Jewel Lapangan Terbang Changi

Jewel Lapangan Terbang Changi (juga dikenali sebagai Jewel atau Jewel Changi) adalah sebuah kompleks hiburan dan peruncitan bertemakan alam semula jadi yang berada di dalam Lapangan Terbang Changi. Kompleks dan lapangan terbang ini terletak di Changi, timur Singapura yang berada kira-kira 20 kilometer (12 bt) dari timur laut Teras Pusat Bandar.[1]Kompleks Jewel terdiri daripada taman-taman, tarikan, hotel, kira-kira 300 cawangan peruncitan dan kedai makan serta kemudahan daftar masuk bagasi awal. Dengan jumlah keluasan lantai sekitar 135,700 meter persegi (33.5 ekar), ia mencakupi 10 tingkat - lima tingkat atas tanah dan lima tingkat bawah tanah.[2] Antara tarikan Jewel termasuklah Lembah Hutan Shiseido, taman dalam bangunan setinggi lima tingkat dan Taman Kanopi di tingkat teratas yang menampilkan kebun dan kemudahan kegiatan senggang.[3] Di bahagian tengah kompleks Jewel terdapat "Rain Vortex", air terjun dalam bangunan tertinggi di dunia yang dikelilingi oleh latar hutan berteres.[4]Pada Oktober 2019 iaitu enam bulan selepas pembukaanya, Jewel berjaya menarik 50 juta pengunjung, melebihi sasaran awal untuk sepanjang tahun.[5]

Rujukan

WikiPedia: Jewel Lapangan Terbang Changi http://www.straitstimes.com/singapore/changis-jewe... http://www.themalaymailonline.com/travel/article/c... http://www.caas.gov.sg/caasWeb2010/export/sites/ca... https://www.jewelchangiairport.com/ https://www.straitstimes.com/singapore/transport/j... https://sg.style.yahoo.com/jewel-changi-airport-op... https://web.archive.org/web/20150923195740/http://... https://web.archive.org/web/20171225091131/http://... https://web.archive.org/web/20180117132211/https:/... https://web.archive.org/web/20180117132929/http://...